Hari ini, pemakaian tudung dan shawl tidak lagi terhad kepada satu atau dua gaya sahaja.

Jika anda lihat di sekeliling anda, sama ada di pejabat atau di pusta membeli-belah, ramai wanita sudah pandai berfesyen dengan menggayakan tudung shawl.

Anda mencari cara pakai tudung shawl yang segar dan terkini? Baca artikel ini sehingga habis kerana kami akan berkongsi 17 gaya yang menarik.



C:UsersUserDesktopcara pakai tudung.jpg

Rata-rata wanita mempunyai cara pakai tudung shawl mengikut kegemaran dan keselesaan masing-masing.

Ada yang terikut-ikut dengan gaya tertentu kerana terpengaruh dengan stail artis kegemarannya.

Ada juga yang suka mereka gaya terbaru dan kemudiannya diikuti oleh orang lain.

Realitinya, hari ini ramai artis, selebriti dan social media influencer memainkan peranan penting dalam mengajak orang ramai memakai tudung.

Apatah lagi jika golongan tersebut mempunyai koleksi jenama tersendiri, sudah pasti para wanita berpusu-pusu untuk mendapatkannya.

Membeli tudung shawl kini tidak lagi terhad di butik-butik fizikal.

Membeli-belah pada hari ini semakin mudah dengan adanya online boutique.

Cara pakai tudung shawl mestilah melihat kepada keselesaan si pemakainya.

Ada yang suka gaya ringkas, ada yang suka gaya loose dan ada juga yang menggemari gaya kemas.

Sama ada anda mahu keluar hujung minggu, atau ke pejabat mahu pun ke kelas, apa kata ubah dan cuba beberapa cara pakai tudung shawl yang kami kongsikan ini.

Gaya 1

C:UsersUserDesktopshawl_basic_1.jpg

Pakai shawl seperti biasa, pastikan sebelah bahagian panjang dan sebelah bahagian lagi pendek.

Bahagian yang panjang ditarik ke atas kepala dan dipin di telinga.

Laraskan kedudukan shawl di bahagian bahu dan pinkan.



Gaya 2

C:UsersUserDesktopshawl loose.jpg

Untuk anda yang gemar stail loose, pakai shawl seperti biasa dengan sebelah bahagian pandang dan sebelah lagi pendek.

Bahagian shawl yang panjang dipinkan di sebelah telinga.

Dari belakang pusing bahagian yang panjang ke sebelah dan tarik hingga ke hadapan, dipinkan ke atas kepala.

Kemaskan mengikut keselesaan.

Gaya 3

C:UsersUserDesktopshawl_simple.png

Pakai shawl dengan sebelah bahagian panjang, sebelah bahagian lagi dipendekkan.

Bahagian yang panjang itu dililitkan sehingga ke belakang leher dan dibawa ke hadapan.

Kemaskan shawl di bahagian hadapan dan bahu.

Pinkan supaya kemas.



Gaya 4

C:UsersUserDesktopshawl bawal.jpg

Untuk cara pakai shawl dengan efek tudung bawal, anda perlu lipat shawl kepada bentuk segi tiga dahulu.

Pakai shawl seperti biasa, pinkan di bawah dagu.

Bahagian shawl yang panjang dililit ke atas kepada dan dipinkan di telinga.

Kemaskan bahagian pendek di bahu dan pinkan.



Gaya 5

Gaya untuk menggunakan shawl jenis halfmoon.

C:UsersUserDesktopshawl_halfmoon.jpeg

Letakkan shawl di kepala dengan sebelah bahagian panjang dan sebelah lagi dipendekkan.

Pinkan di dagu. Kemaskan shawl mengikut kesesuaian.

Gaya 6

C:UsersUserDesktopshawl_selempang.jpg

Gaya lebih mudah untuk aktiviti santai. Lebih sesuai jika shawl digunakan mempunyai instant inner.

Letak shawl di atas kepala dengan kedua-dua bahagian sama panjang.

Pinkan di belakang kepala.

Selempangkan kedua-dua bahagian ke belakang secara bersilang.



Gaya 7

Untuk anda yang gemar pakai shawl labuh dan lebar.

C:UsersUserDesktopshawl labuh.jpg

Letak shawl di atas kepala dan pastikan sebelah bahagian panjang dan sebelah lagi pendek. Pinkan di dagu.

Tarik bahagian ke atas kepala dan pinkan di telinga.

Lebihan bahagian hadapan dikemaskan dan ditarik ke bahagian telinga dan dipinkan.



Gaya 8

Untuk gaya loose seperti Vivy Yusof, ini cara pakai tudung shawl sepertinya.

C:UsersUserDesktopvivy_yusof.jpg

Letak shawl di atas kepala dengan sebelah panjang dan sebelah pendek. Tarik sebelah bahagian ke telinga dan pinkan.

Tarik sebelah lagi ke belakang dan ikat dengan lebihan yang dipinkan tadi.

Kemudian sorok ke dalam kedutan di dada atau di bahagian belakang.

Kemaskan di bahagian depan. Pinkan untuk keselesaan.



Gaya 9

Untuk cara pakai tudung shawl labuh dan menutup dada.

Pakai shawl seperti biasa, sebelah bahagian dilabuhkan, sebelah lagi dipendekkan.

Pinkan di dagu, manakala bahagian panjang dililit ke atas kepala dan dipinkan di telinga.

Kemaskan bahagian depan dengan bahagian pendek tadi dilaras labuhnya di dada dan dipinkan.



Gaya 10

Untuk gaya santai atau hujung minggu, boleh ikut gaya ini.

C:UsersUserDesktopshawl_ikat_belakang.jpg

Pakai shawl seperti biasa, pinkan di kedua-dua bahagian kiri dan kanan telinga.

Tarik kedua-dua lebihan shawl ke belakang dan ikat dengan longgar.



Gaya 11

Antara cara pakai tudung shawl yang sering dikenakan oleh selebriti dan instafamous.

Pakai shawl dengan sebelah bahagian panjang dan sebelah lagi senteng.

Pinkan di bahagian telinga dan selitkan di dalam baju.

Bahagian yang panjang ditarik ke belakang dan dipinkan untuk kekemasan.



Gaya 12

Nak pakai tudung shawl tapi nak nampak macam ada fringe?

C:UsersUserDesktopshawl_fringe.jpg

Pakai shawl dengan sebelah bahagian panjang dan sebelah lagi pendek. 

Bahagian shawl yang panjang dipinkan pada sebelah telinga.

Dari belakang, pusing bahagian yang panjang ke sebelah.

Tarik bahagian shawl yang panjang ke hadapan dan dipinkan ke atas kepala.

Di bahagian muka, shawl yang terjurai ditarik dan dipinkan di tepi kepala.

Gaya 13

Untuk cara pakai tudung shawl ini, lebih cantik jika digayakan dari material lembut.

Pastikan sebelah bahagian shawl panjang dan sebelah lagi pendek.

Untuk bahagian yang pendek, kemaskan di bahagian muka dan tarik ke sebelah, pinkan di sebelah telinga dan kemaskan.

Bahagian yang panjang pula dililit ke belakang leher secara longgar.

Untuk selesa, pinkan shawl di bahu dan di bahagian yang loose.



Gaya 14

Untuk gaya kemas, boleh cuba cara pakai tudung shawl ini.

C:UsersUserDesktopshawl panjang.jpg

Jadikan sebelah shawl panjang dan sebelah lagi pendek.

Pinkan ke belakang kepala.

Bawa kedua-dua bahagian shawl itu ke hadapan dengan bahagian yang panjang dililit ke atas kepala.

Kemas shawl di bawah dagu dan selebihkan ditarik dan dipinkan ke telinga.

Kemaskan shawl di bahagian kepala dan bahu, boleh pinkan untuk selesa.



Gaya 15

Untuk menampakkan efek berkepuk, anda boleh cuba cara pakai tudung shawl ini dengan material chiffon.

C:UsersUserDesktopshawl_kepuk.jpg

Pakai shawl dengan sebelah bahagian panjang dan sebelah lagi pendek, tarik ke belakang dan pinkan.

Bahagian pendek ditarik ke hadapan dan dipinkan di bawah telinga.

Tarik bahagian yang sama dan pinjam ke sebelah lagi telinga.

Bahagian shawl yang panjang ditarik ke kepala dan dipinkan di telinga sebelah yang pendek.



Gaya 16

Nak gaya macam Hanis Zalikha?

C:UsersUserDesktopshawl_hanis_zalikha.jpg

Macam biasa, pakai shawl dengan labuh sebelah panjang dan sebelah lagi pendek.

Tarik bahagian panjang ke belakang dan dibawa ke depan. Kemaskan di bahagian dada.

Ikat lebihan panjang tadi dengan bahagian pendek dan kemaskan.



Gaya 17

Suka gaya tudung bawal? Cuba stail ini.



C:UsersUserDesktopshawl_bawal.jpg



Pakai inner neck terlebih dahulu, pinkan di bahagian dagu atau belakang mengikut keselesaan dan selempangkan ke belakang.



Sebenarnya ada banyak lagi cara pakai tudung shawl terkini yang boleh anda cuba gayakan.

Kalau anda rajin, boleh ikut tutorial shawl dan tudung di Youtube atau follow hijabista yang terkenal di laman sosial mereka.

Koleksi Tudung Menarik dari Mataa

Masih ramai di kalangan wanita yang menggemari tudung bawal kerana sifatnya yang praktikal dan mudah digayakan.

Jika anda sedang mencari tudung bawal printed dengan rekaan terkini, koleksi dari Mataa pasti membuatkan anda jatuh cinta!

Ia menggunakan material yang memberikan keselesaan kepada si pemakai malah membuatkan tudung mudah digayakan.

Apatah lagi dengan harga mampu milik dengan hanya RM39 sehelai.

Kini anda boleh mendapatkan harga promosi RM99 dengan pembelian 3 helai Calla Square, selain anda bakal mendapat free gift.



Klik Sini Untuk Lihat Koleksi Calla Square Mataa Scarf