Ada wanita merasakan bentuk mukanya sesuai untuk memakai tudung bawal berbanding melilit shawl atau selendang.

Penggayaan tudung bawal amat universal, boleh dipakai sama ada hendak ke pejabat, menghadiri acara formal dan majlis serta berhibur di hujung minggu.

Bosan dengan gaya yang sama? Kami  kongsikan 7 cara pakai tudung bawal yang anda tak patut ‘missed’ sepanjang tahun ini

Siapa kata penggayaan tudung bawal hanya terhadap kepada satu atau dua cara sahaja?

 

Biasa yang kita lihat ramai wanita memilih cara pakai tudung bawal sama ada selempang ke belakang atau pin di hadapan sahaja.

 

Bahkan ada yang tidak mahu memakai tudung bawal hanya kerana bentuk mukanya yang bulat.

 

Percaya tak, jika kena dengan stail dan cara pakai tudung bawal, bentuk muka yang bulat pun akan nampak cantik bila memakainya.

 

Permintaan terhadap tudung bawal juga semakin meningkat walaupun gaya shawl dan turban mula membanjiri fesyen Muslimah akhir-akhir ini.

 

Rata-rata peminat tudung bawal bersetuju bahawa pemakaian tudung ini adalah lebih mudah, tidak memerlukan banyak pin dana mat senang digayakan setiap masa dan tempat.

 

Ada yang terikut-ikut memakai tudung bawal selepas melihat beberapa artis dan social media influencer seperti Mira Filzah, Bella Dally dan Ameera Rosli menggayakan tudung bawal.

 

Nak cantik? Nak bergaya? Kami kongsikan tujuh cara pakai tudung bawal yang senang untuk digayakan.

Gaya 1

Cara pakai tudung bawal ini akan menampakkan anda seperti memakai shawl.

 

Lipat tudung bawal menjadi tiga segi dengan bahagian dalam sedikit pendek dan bahagian luar sedikit panjang.

 

Letakkan di atas kepala. Pinkan di bahagian leher. Pastikan tudung belah kanan lebih singkat berbanding belah kiri.

 

Bahagian kiri yang labuh ditarik ke depan dan dililit ke atas kepala dan dipinkan di bahagian telinga kiri.

 

Untuk lebih kemas, pinkan tudung di kiri dan kanan bahu anda.

Gaya 2

Juga gaya seperti anda memakai shawl. Namun lebih sesuai jika anda menggunakan tudung bawal dari material chiffon.

 

Tudung bawal diletak di atas kepala dengan sebelah bahagian labuh dan sebelah bahagian lagi pendek.

 

Bahagian yang pendek ditarik ke sebelah kiri dan dipinkan pada telinga. Lebihannya ditarik ke belakang dan diselit ke dalam baju.

 

Bahagian yang panjang ditarik ke sebelah kanan dan dipinkan.

 

Kemaskan tudung di bahagian muka dan bahagian hadapan.

Gaya 3

Untuk tampak kemas, pakai inner yang bukan dari material kain licin.

 

Lipat tudung bawal kepada segi tiga seperti biasa. Tarik bahagian kiri ke telinga bahagian kanan dan pinkan.

 

Kemaskan tudung dan pinkan tudung bahagian kanan.

 

Lebihan tudung sebelah kanan ditarik dari dalam dan dipinkan pada telinga bahagian kiri dan dipinkan.

Gaya 4

Gaya tudung yang lebih menutup bahagian dada.

 

Letak tudung bawal di atas kepada dengan satu bahagian pendek dan satu lagi bahagian panjang.

 

Untuk bahagian pendek, kemaskan dan pinkan tudung di kedua-dua bahu kiri dan kanan.

 

Lebihan tudung yang panjang ditarik ke sebelah bahagian muka dan di pinkan di telinga.

Gaya 5

Gaya ringkas yang sering menjadi pilihan wanita.

 

Lipat tudung menjadi tiga segi seperti biasa, namun pastikan bahagian dalam menjadi ¼ dari bahagian luar.

 

Bentukkan awning di bahagian muka dengan kemas dan pinkan. Pastikan sebelah bahagian depan tudung panjang, dan sebelah lagi pendek.

 

Bagi bahagian tudung yang labuh itu, tarik dengan kemas di bahagian hadapan dan pinkan di bahagian bahu.

 

Bahagian panjang yang selebihnya itu ditarik sehingga ke sanggul dan pinkan.

 

Laras labuh bahagian di hadapan mengikut kesesuaian dan keselesaan si pemakai.

 

Untuk bahagian yang pendek, tarik ke bahu dan pinkan dengan kemas.

Gaya 6

Untuk anda yang gemar memakai bersama aksesori seperti anting-anting, boleh ikut cara pakai tudung bawal ini.

 

Pakai inner seperti biasa dan pinkan anting-anting dengan kemas pada inner.

 

Pakai tudung bawal seperti biasa dengan kedua-dua bahagian tudung ditarik kemas ke belakang dan diikat.

 

Pinkan tudung di bahagian atas dan tepi tudung supaya kemas.

Gaya 7

Cara pakai tudung bawal yang sering menjadi pilihan gadis muda.

 

Lipat tudung bawal seperti biasa.

 

Tarik bahagian sebelah kiri ke bahu kanan dan pinkan.

 

Bahagian tudung sebelah kanan ditarik kemas ke belakang dan di dalam tudung, dililit hingga ke hadapan dan diselit di bahagian lilitan di leher.

Koleksi Tudung Bawal dari Mataa

 

Bagi penggemar fesyen tudung bawal, koleksi tudung printed dan plain yang terkini dari Mataa pasti membuatkan anda jatuh hati.

Ia menggunakan material yang memberikan keselesaan kepada si pemakai malah membuatkan tudung mudah digayakan.

 

Apatah lagi dengan harga mampu milik dengan hanya RM39 sehelai.

 

Kini anda boleh mendapatkan harga promosi RM99 dengan pembelian 3 helai Calla Square, selain anda bakal mendapat free gift.