Our Founder - Nisa, shares her journey on how it started.

BERNIAGA TUDUNG JE? IJAZAH TU BUAT PEKASAM KE?

Warning: Post yang sangat panjang!

(2019/2020) Hi #MataaFam & #MataaHomegirls, Assalamualaikum. Saya Nisa, dari JB, pengasas bagi Mataa Scarf. Saya cuma seorang lepasan graduan ijazah Pengajian Bahasa yang mahu mencuba.

Tak salah kan mencuba? Tapi mencuba apa?
Pernah dengar MATAA? Jarang sekali betul? Mungkin tak terlintas langsung perkataan dalam kamus hidup korang.


EVERYTHING STARTS HERE;

Okay, Tanpa sebarang ilmu & pengalaman berniaga, Nisa terus je terjun dengan niat mulanya mahu mencuba-cuba memulakan brand ‘Mataa’. Mula2 nak cuba jual tudung cotton which Nisa amek dari lubuk pakaian muslimah yang dah memang ramai tahu which is kat mana cuba korang guess? JALAN TAR LAH! Betul nun jauh di ibu kota.

Yes memang Nisa pergi sana untuk cuba la nak amek stok sikit. Tapi pening pulak kepala sebab terlampau banyak jenis yang ada. So Nisa decide untuk cuba lah kenal dulu dengan penjual2 di sana. Orang kata kena bina networking hahaha

So, long story short.. Nisa contact semula supplier2 tu bila dah dekat jb untuk ambil stok. Lepas tu satu hal pulak, kena ambil stok 1-2 pagi dekat stesen bas. Ye, sebab dorang tak pakai courier service.

Gigih la sorang2 pergi tunggu bas di Larkin dan angkat stok berat2 kat tepi jalan.

2. DAH AMBIL STOK, MACAM MANA NK JUAL?

Ye stok yang Nisa ambil bukannya banyak pun tapi tetiba Nisa dah start GELABAH, macam mana nk jual semua ni? Rasa mcm banyak pula, dah la takde pengalaman pegang stok and jual beli..

Lepas tu, dengan hanya membekalkan telefon yang dipinjam dari abang Nisa, maka terhasil lah acah2 ‘photoshoot’ yang diambil dari laman rumah ha ha ha. Bila fikir balik rasa kelakar pula, gigih sungguh orang lalu lalang siap “Hi” lagi. Buat apa tuuu?

Nisa bermula dekat Instagram je dulu, yang follow pun orang terdekat je mcm kawan, sedara mara dan kawan kepada sedara mara hahaha!

Start dari sini lah Nisa mula COD dari rumah ke rumah dengan mengusung bag IKEA yang penuh dengan tudung.

Masa ni baru ada akai apa perasaan Bhai Bhai Karpet yang sanggup berjalan dari rumah ke rumah untuk mendapatkan secebis rezeki yang halal. Tapi Nisa kira untung sebab jual CASH, bhai karpet kena siap dating balik untuk kutip hutang.

Nisa rasa bersyukur kat sini hihihi
Setelah beberapa bulan, Nisa cuba mengembangkan lagi produk dengan menjual ‘tudung trend terkini’, konon nya sebab target market yang Nisa cuba dapatkan untuk MATAA adalah dari kalangan remaja (sebab nisa and orang terdekat Nisa macam kawan2 kan Remaja juga? haha, jadi product seperti shawl cotton & shawl satin menjadi pilihan Nisa.

Alhamdulillah, bulan 3 sebelum PKP 1.0 Nisa berjaya habis kan 80% stok yang ada. Time ni Nisa jual harga bawah RM25 je sebab kos pun rendah and tak ada kos2 tambahan lain.. selain stok tudung tu.
Start dari sini la Nisa terfikir, (Why not aku cuba jual dekat orang luar jugak?) tapi ada tapi, Tiba tiba rasa tak sedap nak jual dekat orang luar dengan packaging yang entah apa apa.
Berkat pertolongan kawan-kawan dan usaha pasangan Nisa, tercetus Idea nak rolling modal untuk upgrade packaging dari plastic kosong yang (BISING tuu) kepada Ziplock yang ada lambang MATAA dan handle sekali.

So bila COD dekat orang, tak payah guna plastic lain. Bijak kan? Power gila dah rasa masa tu.


3. BERNIAGA KENA ADA ILMU KAN?

Lupa nak cerita, Nisa pun bukan lah main jual menkhinzir buta je.. Nisa juga ada “MENUNTUT”.

Yes, menuntut ilmu bisnes walaupun MATAA hanya lah sebuah jenama yang sangat kecil.

Nisa gunakan juga duit yang Nisa dapat dari jualan sebelum ni untuk beli buku buku bisnes dan masuk ke kelas online daripada Business Guru yang ada kat Malaysia ni. Korang yang nak mula berbisnes pun kena ada ilmu dulu tau, jangan main langgar je macam Nisa.
Ada byk masalah yang timbul sebenarnya kalau tak berilmu ni tapi korang nak tau ke? Tak nak pun kan, tak payah lah cerita hehehe


4. STRATEGI RAYA PKP 1.0 (ceh dah pandai sembang strategi)

So, untuk raya tahun 2020, brand MATAA kesayangan Nisa ni bernekad untuk perkenalkan nama Mataa kepada dunia luar (Online lah senang cerita).

Nisa dan Pasangan mula cari orang untuk buat website sebab “Orang Kata” boleh naikkan BRANDING tapi harga dia MasyaAllah.. takpelah bila fikir balik ni untuk Masa Depan MATAA dan juga memudahkan bakal CUSTOMER Mataa.
Maka melayang lah hampir RM6000 hanya untuk website sahaja.
Maka, makin berkobarlah semangat untuk cari duit Raya!

Sebab masa ni memang dah pokai habis dah ni hahaha
MATAA cuba fokus kepada satu produk sahaja iaitu “CALLA – SATIN SQUARE”, masa ni Nisa dah tak ambil gambar depan rumah dah. Nisa berazam untuk Nampak lebih professional!

Nisa try lah survey studio2 terdekat then Tanya juga brand2 yang ada tapi biasalah dorang bukan nak cerita dekat kita yang baru nak menapak ni. Takpe lah, perancangan Allah lebih baik.. masa Nisa jalan-jalan kat Angsana Mall dengan my partner, ada wedding fair pulak. Masan i lah kitorang survey, tapi bukan survey untuk kahwin hahahaha.

Partner Nisa tebalkan Muka untuk tanya vendor2 tu kalau dorang ada buat servis ambil gambar untuk produk. Alhamdulillah, terus dapat satu contact which is SST Studio yang memang berpengalaman dalam fashion photoshoot ni. (Tu ada hasil gambar kat bawah) Syukur!
Pasal ni pun dah banyak bebel, bila nak masuk strategi sebenar raya?
Okay lah, kitorang start photoshoot dan dapatkan gambar yang elok untuk buat marketing.
Anddddd

Pada Raya 2020 walaupun semua kena raya kat rumah masing2. Surprisingly, Calla Square berjaya terjual hampir 1000 helai dalam masa 2 MINGGU (Strategi dia ialah: FOKUS kepada satu produk)

Tapiii

Langit tak selalu cerah!
Bila kira balik, MACAM TAK UNTUNG! Hahahaha (Ni pun nisa tak rasa nak cerita kenapa) Mungkin lain kali kot.
Cuma Alhamdulillah, penerimaan untuk MATAA masa tu buat Nisa berpuas hati dan Syukur kepada-Nya.

5. TERDUDUK DAN TERBARING LEPAS RAYA AIDILFITRI!

Sales merudum teruk!
Apa dah jadi ni?
Lepas raya 2020 sales MATAA drop sangat sangat, ada few products yang kami bawa masuk untuk cuba-cuba kepada yang bukan dari kalangan remaja pula.

Segala ilmu tunjuk ajar kami cuba lakukan tapi tetap tak jalan and banyak duit dah keluar ni. Jadi kami decide untuk STOP WORK on everything yang kami tengah buat dan buat perubahan drastic kepada MATAA.
Apa step yang kami buat?
Banyak sebenarnya tapi yang memang bagi kesan betul ialah
NO MORE JALAN TAR!
Untuk kebaikan pelanggan MATAA dan juga jenama MATAA, kami decide untuk luangkan masa buat research dan keluarkan produk yang top quality!
Jadi MATAA mengambil keputusan untuk mencari tukang jahit dan beli kain sendiri direct dari Overseas, sebab Nisa nak pilih sendiri fabrik dan jahitan yang Nisa mahukan.

Ye Nisa nak QC setiap produk tu supaya Nisa dapat jaga nama baik Mataa ni dan dapat kongsikan pengalaman memakai tudung yang berkualiti dengan harga mampu milik!
Bukan tu je, MATAA juga ‘step up the game’ dengan upgrade packaging kami. Dari plastic ‘BISING’ -> ziplock -> dan kami terus lompat kepada Hard Box packaging.

Yep, nama dia hard box sebab dia keras gila and tebal! Serious tak tipu! Bak kata customer kami, macam beli tudung tapi bayar untuk ‘KOTAK’. Hahaha Nisa is a happy girl!

And

tak lupa juga Nisa pun tukar logo MATAA kepada yang lebih helok di mata Nisa. (Kat mata korang tak tau lah kan) Produk pertama yang kami keluarkan setelah kami rebrand ialah ‘IRYS SATIN PLEATS SHAWL’.

Setelah berbulan-bulan kami melopong dan bertungkus lumus memikirkan idea, kami pun lancarkan IRYS and kami sangat terkejut kerana produk ni laku macam goreng pisang panas.

Biarpun harga yang kami letakkan sangat berbeza dengan produk sebelumnya, tapi sambutan dan sales Alhamdulillah MATAA dapat recover semula.

Yayyyy!
Selepas itu kami menjadi semakin BERSEMANGAT untuk hasilkan produk yang berkualiti dengan harga yang sangat berpatutan. Seperti IVY, ramai yang sangat berpuas hati dengan kualiti yang kami berikan. Dengan jahitan eyelash yang kemas, kualiti material yang tak kejung & sejuk buatkan ramai sangat yang repeat belai.

Ada yang sampai dah ada semua colour lah. Ini yang buatkan kami nak keluarkan lagi banyak tudung yang berkualiti untuk ugais semua. Yelah, kita wanita bantu wanita, sebab kita je faham kita nak apa hihi.

6. RAYA AIDILFITRI 2021
Untuk raya 2021 ni, kami taknak terduduk dah, jadi kami akan keluarkan produk yang menjadi pilihan raaaaamaaaai customer kami, kira favourite product laa. Hihi.
Pastinya produk kalini lebih lebih lebih berkualiti & affordable dalam masa yang sama.

Kami taknak anda rasa terbeban….. jadi kami berikan yang terbaik dari segi kualiti serta harga juga. Nantikan koleksi raya kami tak lama je lagi! Follow IG kami @mataa.scarf untuk ketahui update terkini!


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA & MEMILIH MATAA.

Nisa loves you #Mataafam & #Mataahomegirls!

Ikhlas,
Nisa
Founder of Mataa