CATALOG IDEA PADANAN BAJU DAN TUDUNG UNTUK RAYA 2021

Padanan Baju & Tudung Raya 2021

Semua mesti raya excited untuk Raya Tahun 2021 ni kan ? Tapi baju dan tudung apa yang tengah trending untuk raya tahun 2021 ni ?

Kalau tersalah beli & match, silap silap kena pakai baju raya tahun lepas. Ish ish kena buat pilihan yang betul ni.

Siapa ada masalah untuk padankan baju dan tudung untuk Hari Raya ? Anda tidak keseorangan. Disini kami akan kongsikan Catalog Idea Padanan Baju dan Tudung untuk Raya 2021 supaya dapat memudahkan anda.

 

 

Ada orang beli atau tempah baju dulu, kemudian baru pilih tudung. Ada juga yang beli tudung dengan warna dan corak kegemaran untuk dipadankan dengan baju yang bersesuaian.

Anda pula bagaimana?

Kadang-kadang kita akan rasa material untuk baju yang dah beli macam tak sesuai pula dengan tudung. Nak matchkan, baju belum siap dan tudung kena beli online.

Macam mana nak pastikan material, corak serta warna baju dan tudung matching tanpa perlu risau berfikir.

Padanan Warna, Material & Corak Yang Bersesuaian Dengan Tudung

Material, Corak & Warna memang sangat penting padanannya untuk naikkan seri Hari raya, tetapi jika tersalah match kan dengan Tudung yang betul boleh buatkan baju yang cantik tu tenggelam. Cik Mataair boleh sharekan tips padanan baju dan tudung untuk raya 2021 yang berguna.

Baju Kurung Raya 2021 Bersulam Sulam Plain Padanan Warna Tudung Material

PADANAN BAJU MATERIAL PLAIN BERSULAM & TUDUNG

Trend yang paling HOT untuk tahun 2021. Kebanyakkan brand terkenal mengeluarkan pattern baju raya Plain Bersulam, ada vibes tradisional gitu. Trend sulam ni sebenarnya sudah diperkenalkan pada tahun lepas tapi disebabkan pandemic yang melanda, maka tak terlalu mendapat sambutan sangat. Jadi tahun 2021 ni memang mereka pulun habis untuk trend sulam ni. Yang bestnya sulaman yang mereka keluarkan tak kelihatan sarat & lama, sangat minimal tetapi ada touch modern. Memang menjadi pilihan ramai lah untuk tahun ni.

Tapi, yang jadi masalah bila nak pilih padanan tudung dan baju ni. Sebab tudung yang tak sesuai boleh menyebabkan hilangnya seri sulaman & ada juga tudung yang membuatkan outfit raya anda kelihatan dull.

Jadi tudung yang sesuai untuk pattern sulaman ini ialah ;

SATIN / PRINTED PLEATED + SULAM

-          Trend tudung pleated merupakan trend terkini untuk tudung. Ramai yang ingat tudung pleated tak sesuai dengan baju plain bersulam, tetapi sebenarnya tudung pleated lah antara yang sesuai dipadankan sebab pleated merupakan tudung terletak dan memberikan vibes orang dulu dulu dengan flowy yang dihasilkan. Jika baju anda merupakan material yang kelam, textured dari pleated yang cantik akan menaikkan seri baju anda. Jadi takdelah atas bawah nampak dull je kan. Tudung Pleated Satin / Pleated Printed ada DISINI.

PRINTED SHAWL/BAWAL + SULAM

-          Jika anda minat untuk memakai tudung yang bercorak boleh lah padankan dengan baju kurung plain bersulam anda. Tetapi pastikan corak yang dipilih elegant & minimal ya. Sebab corak yang sarat & santai tidak sesuai digunakan untuk hari raya. Yelah, tudung printed cotton yang banyak sekarang lebih sesuai digunakan untuk harian. Jadi pastikan tudung raya anda lebih elegant & minimal.

-          Oh ya, jika anda tak meminati corak yang printed, anda juga boleh pilih corak yang dihasilkan dari manik pada tudung. Jika manik ni memang sesuai untuk raya sebab bling biling dari manik menampakkan lagi seri tudung itu. DISINI ada tudung yang ada manik yang simple tapi elegant. CLICK SINI

Baju Raya Aidilfitri Kurung 2021 Songket Corak Padanan Warna Tudung Matching

PADANAN MATERIAL SONGKET & TUDUNG

 

Material songket tidak asing lagi banyak digunakan semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri. Untuk tahun 2021 ini, terdapat beberapa jenama terkenal mengeluarkan koleksi songket bagi koleksi hari raya mereka.

Jadi siapa geng untuk gayakan songket bagi tahun ini ? Okay Cik Mataair ada tips best untuk si pemakai songket dipagi raya.

 

Songket itu sendiri sudah ada keayuan & gahnya sendiri dengan corak dan tenunan yang cantik. Jadi tudung yang menjadi padanan sesuai bagi baju songket ialah tudung yang mempunyai ciri material yang lembut & terletak elok dikepala serta tidak kembang. Kenapa? sebab material songket adalah material yang keras & selalunya pemakai akan kelihatan kembang pada bahagian bawah. Jadi tudung yang sesuai ialah tudung yang sedikit kuncup tetapi ada drape yang cantik. Jadi tudung yang sesuai ialah;

 

CHIFFON SHAWL + SONGKET

Material Chiffon sesuai dikenakan dengan songket kerana material chiffon lembut dan jatuh elok. Walaupun material chiffon tak berkilat, tapi material chiffon membuatkan pemakai nampak ayu kerana drape yang dihasilkan flowy & cantik. Sesuai bagi yang tidak minat dengan tudung yang berkilat.

 

SATIN SQUARE/SHAWL + SONGKET

Material Satin sesuai juga dipadankan dengan songket kerana materialnya yang berkilat akan menaikkan lagi seri muka si pemakai. Material kilat akan match dengan corak songket yang selalunya ada sedikit berkilat, jadi tak kelihaan pelik jika tudung pun berkilat. Tetapi hati-hati, perlu cari tudung satin yang lembut, jatuh elok & tak kembang. Jika tidak, bahagian kepala & bahagian bawah baju akan sama sama nampak kembang. Tak balance & tak cantik nanti outfit anda. Jika nak tudung satin yang lembut boleh lihat DISINI.

 Babju Raya Aidilfitri Kurung 2021 Lace Tudung Padanan Matching Warna Material Sesuai

PADANAN MATERIAL LACE & TUDUNG

Lace ialah pilihan baju raya yang tidak pernah ditelan dek zaman. Tiap tahun ada sahaja design lace yang baru & cantik untuk dipakai dipagi raya.

Yelah, lace akan membuatkan si pemakai kelihatan lebih muda, ayu dan bergaya. Sama ada lace yang sarat atau minimal, dua dua memberikan tarikan yang tersendiri. Patutlah ramai betul yang suka pakai lace.

Jadi Cik Mataair tahu mesti ramai kan yang memilih design Lace untuk tahun 2021 ni, Bak kata orang, nak balas dendam untuk raya tak jadi tahun lepas.

Lace ada pelbagai jenis, ada material yang lembut dan kasar. Jadi bergantung pada design baju yang dibuat, kebiasaanya lace yang kasar akan digunakan untuk buat baju yang kembang dibawah, jadi kembang elok sahaja. Manakala lace yang lembut biasanya digunakan untuk baju yang modern & macam macam pattern boleh buat.

Jadi untuk tudung perlu selalu ingat, kalau baju dah kembang dibawah, tudung kena kuncup. Manakala kalau baju kuncup & mengikut bentuk badan, tudung perlu kembang sedikit supaya ada volume di bahagian atas badan.

Tudung yang sesuai untuk lace ialah;

CHIFFON SQUARE/SHAWL + LACE

-   Chiffon bawal & shawl menghasilkan efek kuncup dikepala, jadi sesuai dipadankan dengan baju yang kembang atau mempunyai volume dibahagian bawah juga. Jika nak pakai material chiffon untuk baju yang kuncup, makesure ugais pandai gayakan tudung untuk nampak sedikit kembang, sama ada buat loose style menggunakan shawl chiffon ataupun pakai scrunchie jika guna bawal chiffon. Scrunchie akan menambah volume untuk pemakai bawal.

SATIN SHAWL/SQUARE + LACE

-     Penggunaan material Satin juga merupakan idea yang bagus sebab jika lace anga minimal atau tiada labuci, anda mungkin perlukan something yang menonjol dalam outfit anda. Jadi penggunaan material satin boleh menaikkan seri yang lebih ayu jika digayakan dengan lace sebab lace itu sendiri sudah ayu, jika ditambah dengan material satin akan nampak lebih ayu & elegant. Nampak kaya gitu. CLICK SINI untuk satin bawal yang lembut & warna pastel yang cantik.

Baju Raya Kurung 2021 Aidilfitri Flower Floral Pattern Corak Warna Tudung Sesuai Matching

PADANAN MATERIAL FLOWER PATTERN & TUDUNG

 

Pattern bunga kecil atau besar juga merupakan pattern yang tak tenggelam dek zaman. Setiap tahun ada sahaja brand terkenal mengeluarkan koleksi flower pettern ni. Biasanya yang suka mengenakan flower pattern ni adalah mereka yang muda & periang, kerana pattern bunga ni membuatkan seseorang nampak lebih happy, feminine dan jiwa muda. Tidak pelik lah potongan yang selalu dikenakan dengan baju floral ni biasanya potongan orang muda yang ada ropol atau yang mengikut bentuk badan.

Antara suggestion padanan tudung untuk mereka yang memilih floral pattern bagi hari raya ialah;

COTTON SHAWL / SQUARE + FLORAL PATTERN

-          Pemilihan cotton shawl atau square adalah pemilihan utaman bagi mereka yang suka kan floral pattern kerana material cotton yang plain lebih mudah digayakan dengan baju yang bercorak. Bagi mereka yang memilih material cotton juga membuatkan outfit anda kelihatan seimbang sebab material cotton membuatkan anda kelihatan lebih MATANG. Jadi floral pattern yang riang jika disesuaikan dengan material yang matang membuatkan anda kelihatan lebih BALANCE. Matang diatas + Riang dibawah, perfect!

SATIN SHAWL/SQUARE + FLORAL PATTERN

-          Bagi anda yang lebih sukakan look feminine yang elegant, disarankan untuk memilih material Satin jika nak pairkan dengan baju yang floral. Biasanya baju corak bunga menggunakan material yang dull seperti chiffon atau cotton. Jadi untuk tambahkan efek elegant & cantik tu, anda perlukan material yang berkilat. Satin merupakan material yang paling sesuai untuk dipadankan dengan material baju kurung yang bercorak. Material satin yang terlalu menyerlah dan lembut membantu anda untuk beraya dengan sejuk & selesa, CLICK SINI.