Image result for hijabista

Macam mana nak buat padanan warna baju dan tudung saya ya?

Ini memang situasi yang kerap berlaku; baru nak try pakai baju yang baru dibeli, terus tukar baju lain.

Sampai dah berpuluh-puluh baju dalam almari dah try. Sebabnya; warna baju dan tudung tak sepadan!

Sekiranya anda ada masalah itu, anda tidak keseorangan. Di sini kami kongsikan tip-tip untuk padanan warna baju dan tudung yang menyenangkan anda.

C:\Users\User\Desktop\kombinasi warna baju dan tudung.jpg

Ada orang beli atau tempah baju dulu, kemudian baru pilih tudung. Ada juga yang beli tudung dengan warna dan corak kegemaran untuk dipadankan dengan baju yang bersesuaian.

Anda pula bagaimana?

Wanita dan fesyen sememangnya tidak dapat dipisahkan.

Sama ada nak ke pejabat, keluar temu janji, malah ketika berhari raya, semuanya pasti nak nampak perfect.

Kalau tersalah padanan baju dan tudung, mahu bad mood seharian, kan?

C:\Users\User\Desktop\gaya padanan.jpg

Padanan warna yang betul akan membantu menyerlahkan stail dan penampilan seseorang wanita supaya dirinya cantik menawan, bergaya dan tampak berkeyakinan.

Tak kisahlah sama ada nak padankan baju dengan seluar, baju dengan tudung atau aksesori sekali pun, tetap ada panduannya.

Padanan Warna Baju dan Tudung Yang Bersesuaian

Anda sering pening kepala nak pilih padanan warna baju dan tudung yang bersesuaian?

Dah! Jangan risau, sekarang kami kongsikan panduan warna baju dan tudung oleh guru imej, Puan Mary.



Emerald Green

C:\Users\User\Desktop\emerald green.jpg

Warna ini pernah menjadi trend dan digilai ramai sekitar tahun 2003.

Warnanya yang pekat menonjolkan kemewahan dan elegan apabila digayakan.

Jika anda menggemari warna Emerald Green, padankan tudung atau baju dengan warna seperti Camel Brown, Gold atau Fern Green.



Red Maroon

C:\Users\User\Desktop\red maroon.jpg

Wanita yang menggemari warna ini dikelaskan sebagai seseorang yang bersemangat tinggi, berani dan bijaksana. Wow!

Padanan warna baju dan tudung amat sesuai dengan warna seperti Chocolate, Pastel Yellow dan Salmon.



Dusty Pink

C:\Users\User\Desktop\dusty pink.jpg

Antara warna yang paling disukai oleh ramai wanita, sekaligus menyerlahkan sisi lembut dan femini, serta membantu penampilan yang lebih memukau.

Sama ada tudung atau baju, warna dusty pink amat berpadanan dengan warna-warna seperti Barely Beige, Soft Rosy Pink dan Mauve Pink.



Soft Yellow

 C:\Users\User\Desktop\soft yellow.jpg

Jika anda menggemari warna pastel, kami yakin anda sangat familiar dengan warna soft yellow.

Nak cari aura positif dan ketenangan? Maka kenakanlah baju atau tudung bewarna soft yellow ini ya.

Jangan risau, warna ini amat sesuai untuk dipadankan dengan warna cranberry, peach dan Sage Green.



Soft Brown

C:\Users\User\Desktop\soft brown.jpg

Perasan atau tidak, warna soft brown sering menjadi pilihan mereka yang bekerja di bidang profesional dan usahawan.

Memakai baju atau topi bewarna ini akan menyerlahkan gaya semulajadi dan kematangan.

Gayakan sama ada pakaian atau tudung anda dengan warna ini bersama warna hitam, Dark Gold, Dark Greyish Blue dan Black.



Deep Silver Grey

C:\Users\User\Desktop\deep silver grey.jpg

Nak nampak gaya mewah? Apa kata padankan pakaian anda yang bewarna Deep Silver Grey bersama Dusty Pink, Soil Brown dan Blue Grey.



Pearl Mint Green

C:\Users\User\Desktop\pearl mint green.jpg

Antara salah satu warna pastel yang menjadi kegemaran ramai wanita, sama ada yang muda atau berusia.

Sesiapa yang memakai warna ini pasti memberi efek tenang dan lembut.

Padankan warna Pearl Mint Green dengan warna Lilac, Beige dan Soft Rosy Pink untuk menambah seri penampilan anda.



Haa, agak-agak susah lagi tak nak match-kan warna baju dan tudung anda dalam penampilan seharian?

Kalau anda ikut tips kombinasi warna baju dan tudung seperti di atas, kami yakin penampilan anda pasti memukau mata-mata yang memandang.

Koleksi Tudung Paling Best dari Mataa!

Adakah anda sedang mencari ‘lubuk’ menjual tudung printed dan plain dengan rekaan terkini, selesa dipakai dan yang paling penting mampu dimiliki?

Jangan risau, koleksi tudung bawal sama ada printed dan plain dari Mataa pasti membuatkan ramai wanita jatuh cinta.

Mataa hadir dengan material yang amat selesa dipakai walau seharian bertudung.

Dengan harganya hanya RM39 sehelai, pastinya sehelai tidak cukup untuk melengkapkan gaya harian anda.

Mataa juga sedang menjalankan promosi bagi early bird dan kombo! 

Menariknya apabila anda boleh mendapatkan harga promosi RM99 dengan pembelian 3 helai Calla Square, selain anda bakal mendapat free gift.



Klik Sini Untuk Melihat Koleksi Calla Square Mataa