NAK PASTIKAN TUDUNG YANG LEMBUT KEKAL LAMA DAN TAK ROSAK? SALAH SATU TIPS NI PUN TAK PERNAH TERFIKIR

Fabrik lembut ini perlu dijaga dengan dengan sangat teliti supaya material kain kekal lama dan tidak mudah rosak. Apabila material kain rosak, tudung akan menjadi lusuh, berbulu dan tidak mudah dibentuk dengan cantik. Oleh itu, cik mataair nak sharekan beberapa tips untuk penjagaan tudung lembut. Jom jaga tudung!

1. Menggunakan pencuci yang sesuai

Untuk mengekalkan kualiti tudung yang lembut, anda perlu pastikan anda menggunalan pencuci yang sesuai. Cik Mataair mencadangkan pencuci yang menyatakan “lite” ataupun cecair. Kerana jika menggunakan serbuk pencuci, ada berkemungkinan serbuk pencuci terlalu kasar dan menyebabkan kain menjadi rosak.

2. Jangan Bilas Menggunakan Pelembut

Tidak digalakkan untuk mataafam sekalian membilas baju menggunakan pelembut sahaja kerana fungsi pelembut tidak akan membuang kotoran pada fabrik. Oleh itu, kesan peluh, kotoran dan makeup yang ada pada fabrik tidak akan tertanggal jika hanya bilas tudung menggunakan pelembut sahaja.

3. Cuci menggunakan tangan

Mencuci fabrik lembut dengan tangan dapat menjamin kebersihan serta menjaga kondisi fabrik tersebut. Jadi, sebaiknya anda cuci dengan tangan supaya kualiti kain lebih terjaga dengan cara basuhan yang lmbut dan tidak bercampur degan material yang lain.

4. Laundry Bag

Penggunaan laundry bag adalah diwajibkan supaya kain tudung tidak akan terdedah dengan bendasing yang ada pada material baju atau seluar. Jadi fabrik tudung tidak akan terkoyak dan tercarik dengan mudah.

5. Jemur di bawah matahari

Jangan keringkan fabrik lembut menggunakan mesin pengering kerana ia akan menghilangkan bentuk fabrik tersebut dan menyebabkan fabrik rosak. Sebaiknya, gantung dan jemur ia di bawah matahari, tetapi tidak boleh straight di bawah matahari tau, terlindung sikit tetapi masih terkena bahang matahari. Material nipis hanya perlu bahang matahari yang sedikit je utk mengeringkan fabrik dengan semulajadi.

So siapa yang masih mengumpul tudung lembut boleh lah try our Ellina & Juliet.

Koleksi Tudung Hot Selling dari Mataa

 

Bagi penggemar fesyen tudung bawal, koleksi tudung plain yang terkini dan evergreen dari Mataa pasti membuatkan anda jatuh hati.

Ia menggunakan material yang memberikan keselesaan kepada si pemakai malah membuatkan tudung mudah digayakan.